Pemeliharaan Burung Merpati
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Pemeliharaan Burung Merpati
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kenali Burung MerpatiBurung
merpati termasuk jenis burung yang jinak dan akrab dengan manusia.
Merpati tak hanya dipelihara sebagai haiwan kesayangan, sekarang bukan
sahaja ternak hias tetapi boleh dikomersialkan sebagai kegunaan
sembeliha daging. Merpati yang dijadikan lambang kesetiaan (sifat
monogamous = satu pasangan) dan perdamaian ini juga termasuk salah satu
penghasil daging yang cukup baik.Bagaimana dalam masa waktu yang singkat
iaitu 35 hari sepasang merpati sudah mampu menghasilkan keturunan. Ini
bererti dalam satu tahun sepasang merpati mampu menghasilkan keturunan
10 kali dan sekurang-kurangnya seekor boleh menghasilkan anak 2 ekor.
Pembiakan
merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat
dikatakan bermula lebih 3,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa ini
pembiakan dan kacuk biak merpati untuk menghasilkan baka-baka hiasan
telah menjadi satu seni. Lebih 300 jenis baka merpati wujud pada hari
ini.
Racing Homer
– dikenali juga sebagai “merpati pos”. Burung ini popular di Belgium,
Jepun dan Indonesia, German Beauty Homer yang dikembangkan di Jerman
sejak 1907 sebagai burung pameran. Burung ini mirip dengan Racing Homer
tetapi lebih ramping. Giant Homer berasal dari Amerika Syarikat untuk
mendapatkan burung yang berbadan besar dan memiliki kemampuan
menghasilkan anak yang banyak.
Tumbler
berasal dari Belanda dikenali sebagai Tuimelaar. Burung ini punya
keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian
tertentu dengan melakukan pergerakan salto atau naik balik di udara
semula. Burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi
burung untuk pameran.
English Shortfaced Tumbler:
merupakan burung yang kecil, padat, dengan leher jenjang tetapi dengan
dada yang tegap. Dalam keadaan berdiri biasa, ujung sayapnya akan
menggantung lebih rendah dari kedudukan ekor – ini merupakan ciri yang
menonjol. Selain itu bahagian muka dari kepalanya menonjol agak jauh ke
depan daripada paruhnya yang pendek.
Birmingham Roller:
dikembangkan di Birmingham (Inggeris) sebagai burung yang memiliki
keistimewaan terbang. Kemampuannya untuk pusing balik dan berputar-putar
di udara menjadi sasaran utama pemeliharanya. Burung ini mampu untuk
naik balik (trumble), termasuk salto ke belakang dan berputar-putar
(spin) dengan kecepatan tinggi sekali. Flying Tipller: merupakan burung
yang dieambangkan dari Flying Tumbler. Burung ini dipelihara karana
kemampuannya terbang yang lama. Jenis yang baik akan mampu terbang
terus-menerus selama 20 jam.
Parlour Tumbler:
juga disebut Ground Tumbler atau House Tumbler. Burung ini diternakkan
kerana kemampuannya lombat ke udara, melakukan salto sekali atau dua
kali ke belakang, dan kedua kakinya hinggap kembali ke tempat semula.
Cumulet:
Burung ini merupakan jenis tumbler dari Perancis yang mampu terbang
tinggi dan juga merupakan salah satu keturunan dari jenis Racing Homer.
Burung ini berbadan sedang tetapi serasi, dengan dada bidang, sayapanya
panjang dan kukuh, kaki agak pendek. Umumnya warna bulu putih, dan ada
yang memiliki bintik-bintik merah di kepala atau leher.
Flight:
Burung ini dikembangkan di Amerika . Dari kelompok ini ditemukan burung
yang dikenal dengan nama Domestic Flight. Burung ini mampu terbang
tinggi, dengan ukuran badan sedang, paruh nampak memanjang dan kepala
ramping berjambul. Matanya putih dengan lingkaran tengah dari mata
(selaput mata). Dan inilah letak rahsia kemampuannya melihat jauh saat
merpati terbang tinggi.
Show Flight.
Burung ini mempunyai badan yang lebih gemuk dan kepala lebih besar
daripada jenis Domestic Flight. Burung ini diternakkan karana
kemampuannya terbang tinggi dan memiliki keindahan yang dapat dijadikan
merpati untuk dipamerkan. Kedua macam burung ini diternakkan dengan
warna hitam, kuning, merah dan abu-abu cokelat.
Carrier:
sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya
adalah burung pembawa berita, Selain itu Merpati dari jenis Racing
Homer. Carneau: Burung dari Belgium Selatan atau Perancis Utara, berat
750 gram dan bisa mencapi 1 kg.
Strasser: Dikembankan di Austria Strasser .
Mondaine:
Keturunan merpati Perancis dan Itali. Fantail : Berasal dari India dan
China. Ekornya seperti kipas. Setengah tempat dipanggil merpati Merak
atau merpati ekor kembang. Ada yang ekornya mempunyai pelepah dua lapis
dan tiga lapis sepertimana Amerika Fantail dan sebagainya.
Jacobin:
Diberi nama seperti itu karana bulu-bulu yang berada di lehernya
seperti topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobins. Burung diternakkan
dengan warna putih, jitam, biru, perak, merah dan kuning.
Frillback: Burung yang istimewa tetapi kurang popular. Di anggap unik kerana bulunya berombak-ombak.
Cropper: Lebih kurang Pouter. Keduanya menjadi keluarga besar. Salah satu cropper yang terkenal adalah
English
Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan piggang langsing
dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi
50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar
bulan sabit dengan kedua hujung bertemu di dekat kedua matanya..
Pouter yang
mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper
yang berbentuk seperti merpati kipas, kepadanya bergoyang dam nampak
menarik.
Modena:
Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati
ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena
dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk
merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi gemuk dan bulat dan
bergaya anggun.
Florentine:
Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal
di Eropah sebagai burung pameran, tetapi boleh mencapai berat 500-800
gram). Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
Lahore:
berasal dari Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota
tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih.
Kepala, pinggang dan sayap berwarna lain. Kaki mempunyai bulu .
Satinette
yang berasal dari Turki mempunyai badan berwarna putih dengan
garis-garis pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan cokelat.
Bahagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu
balik di kawasan dada.
Owl berparuh pendek sepertimana burung hantu. Ada berbagai jenis dari merpati ini.
Showking
burung yang besar, badannya sama dengan jenis Modena tetapi badannya
lebih besar . Sayap dan ekornya lebih pendek dan kelihatan seakan bulat
apabila berdiri. Kebiasaan burung ini dijadikan sajian di hotel-hotel
terkemuka kerana dagingnya padat. Sekor boleh mencapai 500 - 700 gram.
Terdapat berbagai warna tetapi yang paling top adalah warna mas 10.
Giant Show Runt jenis ini juga besar tetapi ekor dan sayapnya lebih panjang. Burung ini sudah untuk dibiakkan.
Capuchines dipanggil juga dengan merpati singa. Ianya seakan jenis Jacobin tetapi lingkaran bulu di kepalanya kurang.
Mookee
berasal dari India, selepas itu dubawa ke US dikacuk sehingga
mengeluarkan warna yang menarik. Burung yang menarik kerana kepalanya
bergoyang dan bergetar seperti Holle Cropper. Badannya lebih kemas.
Disetengah tempat ianya dipanggil Pak Aji kerana kepadanya bergoyang
seperti orang sedang meratib.
Winston burung
yang cantik mempunyai jambul di bahagian muka seperti pusaran yang
berada pada sekor kuda. Sebab itulah di sesetengah tempat ianya dikenali
sebagai merpati kuda. Burung ini susah untuk dibiakkan.
Ciri-ciri Burung MerpatiBulu
harus tebal dan mengkilap atau memiliki lapisan minyak yang cukup
(untuk menjaga suhu tubuh agar stabil,mencegah bulu agar tidak mudah
basah, membuat bulu menjadi kedap udara)
Bulu sayap rapat dan tebal.
Hujung bulu pada sayap di usahakan panjang nya sampai ke ujung ekor
Bulu
ekor rapi membentuk satu kesatuan seperti huruf 1 atau I, dan harus
rata/flat jangan cembung waktu melebar, bulu ekor harus aerodinamik
waktu terbang dapat dilihat apabila waktu burung terbang ekor
mengayun-ayun ke atas dan ke bawah.
PENTERNAKAN BURUNG MERPATI1. Penternakan burung merpati pedagingDaging merpati dari usaha penggemukan anak merpati (squab)
Anak dipelihara berasingan dari ibu setelah mencapai umur 7 ke 10 hari
Makanan berprotein tinggi disuapkan kepada anak dalam bentuk berair 3 kali sehari
Anak disembelih pada minggu ketiga atau keempat
Kebanyakkan
merpati yang diternak untuk daging adalah dari jenis merpati Carneau,
French Mondaine dan King. Bagi yang tak pernah merasa daging burung
merpati ianya lembut, basah dan sedap berbanding daging poultri lain,
tetapi dagingnya sedikit bagi setiap ekor burung. Squab di makan di
banyak negara, termasuk Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan
beberapa negara di Asia. Daging burung merpati mengandungi protein,
lemak, kalsium, fosforus dan kalori. dan sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
2. Merpati PacuanBanyak
diminati disebabkan daya terbangnya kuat. Ciri-cirinya antara lain :
tubuh yang gagah, ramping, bulu tipis dan kaku, kulit pada tonjolan
hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang
sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jelajah modern bias mencapai
1.500 km. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain : Belgian homer,
tumbler, flying tipper, flight, merpati pos Merpati dari jenis ini
dilatih untuk pulang ke rumah dari jarak yang jauh dengan kelajuan
sekata sehingga mencapai 70 -80 kmj. Mereka sangat diminati kerana daya
terbangnya yang kuat. Ciri-cirinya antara lain : susuk tubuh yang gagah
tetapi ramping, bulu yang nipis dan keras, tonjolan pada hidungnya tebal
dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km,
tetapi kemampuan merpati jenis ini boleh mencapai 1,500 km.
Antara merpati yang termasuk jenis ini adalah:Belgian Homer
Tumbler
Flying Tipper
Flight
Burung Merpati Homer (Burung Merpati Terlatih):Kumpulan merpati ini di latih untuk keupayaan untuk ‘balik’. Mereka juga dipelihara khas untuk pertunjukan lumba unggas.
Kumpulan itu termasukEnglish Carrier
Dragoon
German Beauty Homer
Merpati AkrobatikBeberapa
jenis dari kumpulan ini asalnya dipelihara untuk keupayaan akrobatik
mereka, ia itu kebolehan untuk berpusing di udara. Namun kini telah di
kacukkan sehingga sekarang di anggap sebagai sebagai merpati pertunjukan
semata-mata.
Kumpulan ini termasukNun
English Short Faced Tumbler
Magpie
3. Merpati Hiasan Merpatimerpati jenis ini di ternak kerana seni dan kecantikannya. Ia dipandang dari sudut keindahan warna bulu dan bentuk tubuh mereka.
Merpati yang termasuk jenis ini antara lain :Jacobin (lebih terkenal dengan sebutan merpati jambul),
Satinette (paruh pendek),
English Pouter ,
Frillback
4. Merpati Bulu & Suara Merpati jenis ini dibiakkan untuk mengeluarkan bulu yang lebat dan untuk suara ‘ketawa’ dan deruman mereka.
Merpati dari kumpulan ini termasukFantail
Trumpeter
Jacobin
Merpati Warna:
Kumpulan ini terdiri daripada banyak variasi merpati yang telah di biak
khas, dipelihara khas untuk warna dan tanda-tanda di bulu mereka.
Kumpulan itu termasuk
Archangel
Swallow
Danish Suabian
Pouters dan Croppers: Kumpulan
merpati biak khas ini dipelihara semata-mata kerana keupayaan mereka
untuk mengembungkan biang/dada mereka dengan udara. Kumpulan itu
termasuk
English Pouter
Norwich Cropper
Pigmy Pouter
Frills dan Owls: Kumpulan
ini dibiak kerana paruh-paruh mereka yang terbantut dan juga bulu-bulu
di dada mereka yang luar biasa. Kumpulan ini termasuk
Old German Owl
Oriental Frill
Aachen Lacquer Shield Owl
Jangka hayat merpati
Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh
hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada
banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan juga gangguan manusia.
Makanan dan kesihatan
Burung merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat
burung. ianya tidak seperti burung jenis lain. Diet burung merpati juga
mudah diperolehi di pasaran. Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan
tempat yang bersih jika tidak burung mudah dijangkiti penyakit, naik
puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah membiak di badannya. Burung
merpati juga perlu di beri ubat antibiotik dan vitamin supaya sentiasa
sihat.
Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin,
tetapi ia boleh berbeza mengikut spesis. Ada juga spesis yang makan
buahan dan juga serangga serta cacing, manakala merpati feral yang
terdapat di kota mengambil bijirin dan juga bahan buangan manusia
sebagai makanan. Beberapa sumber karbohidrat dan lemak yang terbaik
dapat diperoleh dari jagung, ketan hitam, beras merah,beras putih,kenari
seed,millet,dll. Beberapa sumber protein terbaik dapat diperolehi dari
kacang-kacangan seperti kedelai,kacang hijau,kacang merah,dll.
Pembiakan Merpati..
Semua merpati mengamalkan monogami, ia itu mempunyai pasangan yang sama
untuk seumur hidup mereka. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5
– 6 bulan dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan
merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang
dan menetaskan anak.
Merpati tidak membina sarang di atas pokok
tetapi memilih tempat yang mempunyai permukaan yang rata. Kedua-dua
merpati jantan dan betina sama-sama mengambil tugas dalam mengeram dan
membesarkan anak. Merpati betina akan mengeluarkan telur pertama
kira-kira 10 hari selepas proses pengawanan, manakala telur pertama akan
menyusul kira-kira 44 jam kemudian. Pengeraman akan bermula sejurus
selepas keluarnya telur kedua. Burung jantan akan mengambil tugas
mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala yang betina
akan mengambil masa yang selebihnya. Penetasan telur akan berlaku
biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses pengeraman.
Anak-anak burung merpati (squab) mempunyai bulu berwarna kuning dan
paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas
sehingga boleh terbang adalah 30 hari.
TELUR AKAN MENETAS SELEPAS 18-21 HARI MENGERAM... SELALUNYA TELUR KE2 AKAN MENETAS LEWAT 1HARI..
KALAU INDUK BERPENGALAMAN DAN NALURI JADI IBU AYAH TINGGI, MERPATI TU NAMPAK TELUR, DIA AKAN ERAM..
Merpati
jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga
untuk disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain,
tetapi memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang
dipanggil susu merpati (pigeon milk). Ia bukannya susu yang sebenarnya
kerana tiada kandungan laktosa didalamnya, namun begitu pengeluarannya
adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang
pengeluaran susu dalam mamalia. ‘Susu’ ini kelihatan seperti keju,
berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi
kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10 hari, ia itu
setelah mereka mula boleh makan bijirin.